Dr Mahathir – PH akan cari punca kekalahan di Tanjung Piai

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) akan membuat ‘bedah siasat’ yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lalu.

 

Namun bagi pengerusi PH juga berkata, beliau menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan.

 

“Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi. Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086

 

undi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang pilihanraya kecil itu.

 

Hari ini, PRK parlimen Tanjung Piau menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng muncul pemenang kerusi parlimen itu dengan kemenangan besar 15,086 undi.

 

Calon BN Wee Jeck Seng memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi mengatasi lima pencabarnya.

 

Pesaing terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, mendapat 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam dengan 1,707 undi.

 

PH kalah di semua PDM, berbeza dengan rekod PRU lalu apabila PH berjaya memenangi 11 daripada 27 PDM yang ada.

 

Kekalahan itu turut dikritik oleh veteran PKR Syed Husin Ali yang menyifatkan kekalahan PH sebagai referendum rakyat yang kecewa dan mahu “mengajar” kerajaan pimpinan Dr Mahathir.