“Setiap orang ada selera & pilihan berbeza” – Kelly Azman tenang dikritik tak layak jadi juri ATNMY

DIDAKWA tidak pandai menilai bakat baharu pada persembahan pada program All Together Now Malaysia (ATNMY), salah seorang juri, Kelly Azman dikecam teruk oleh warganet.

Walaupun baru sahaja episod pertama, nama Kelly menjadi sebutan sehingga ada yang mengatakan beliau tidak layak berada di kerusi juri dan seolah-olah menyemak dalam rancangan tersebut.

Biar pun telah dilontarkan dengan kata negatif dan dimaki oleh warganet, Kelly menerima segala komen dengan hati yang terbuka.

“Bukan sahaja di media sosial, malah ada juga yang mencaci maki saya melalui mesej peribadi. Bagi saya biarlah mereka nak cakap apa sebab saya ada alasan tersendiri dalam memberi markah kepada peserta”, kata Kelly.

Jelasnya lagi, “saya tidak kisah tentang komen negatif yang orang beri pada saya dan kalau saya tak bangun untuk beri markah maknanya saya memang tak suka persembahan itu”.

Dalam pada itu, selain Kelly terdapat 49 juri ATNMY lain seperti Datuk AC Mizal, Siti Nordiana, Zizan Razak, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique, Liza Hanim, Kaka Azraff dan ramai lagi yang diberi amanah bagi memilih peserta terbaik dalam program itu.

Katanya, “kalau kita lihat persembahan Ajoi Zainal, saya berdiri kerana dia benar-benar layak dan ada pakej untuk berjaya ke peringkat akhir”.

“Bagi saya, terserah pada orang lain nak cakap apa mengenai saya kerana masing-masing ada selera dan pilihan tersendiri”, tambah Kelly.

“Cuba lihat persembahan Ajoi Zainal yang berjaya ke akhir, saya berdiri kerana dia benar-benar layak dan ada pakej.

“Biarlah apa orang nak cakap mengenai diri saya kerana masing-masing ada selera dan pilihan yang berbeza,” katanya.

Untuk pengetahuan, ATNMY merupakan program realiti diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Program ini turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format berkenaan diadaptasi semula di serata dunia termasuk Australia, Russia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland dan Perancis.

Malaysia menjadi negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini bagi versi tempatan. ATNMY masih mengekalkan format asal program berkenaan.