Viral gadis mengamuk sakan, niat nak iPhone tapi ‘bf’ belikan Vivo

TULAR sebuah video mengenai seorang gadis yang kecewa apabila teman lelakinya hanya membelikan telefon bimbit jenama Vivo, sedangkan dia menginginkan telefon bimbit jenama iPhone.

Melalui laporan Tribunnews, gadis remaja itu terus memarahi kekasihnya sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka gara-gara tidak berpuas hati dengan telefon bimbit yang diidam tidak dibelikan.

Hal tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian warganet gara-gara sikap gadis berkenaan.

Menerusi sebuah video berdurasi 29 saat, gadis bertudung coklat itu dilihat menolak kekasihnya sambil memarahinya di sebuah kedai telefon.

Di ruangan komen, ramai yang berpendapat sepatutnya mereka tidak bergaduh di tempat awam kerana hal itu hanya memalukan diri sendiri.

Selain itu, ada juga yang mengingatkan perempuan tersebut agar bersyukur kerana masih dibelikan telefon bimbit oleh kekasihnya kerana tidak semua orang dapat peluang seperti itu.