“Saya tidak pernah mengandung” Netizen bingung Bagaimana gugur kalau tidak pernah mengandung

Sedia maklum Usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin Ismail kini sudah bercerai selepas enam bulan hidup bersama.
 
Bagaimanapun, apa yang membingungkan netizen kita apabila
Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil, 32, berkata, bekas isterinya itu sebelum ini pernah keguguran.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan Azlin kepada pengikutnya ternyata berbeza apabila wanita berusia 24 tahun itu menjelaskan dia tidak pernah mengandung. Walaupun terus diasak soalan di ruangan komen, Azlin bagaimanapun tidak menjelaskannya dengan lebih terperinci.

Namun ternyata jawapan yang diberikan Azlin sedikit sebanyak dipersoalkan kembali netizen yang bingung dengan kenyataan yang dikeluarkan Alha sebelum ini yang mengatakan isterinya itu pernah keguguran.

Sementara itu semalam, Alha mendedahkan dia memilih untuk menceraikan Azlin kerana merasakan sudah tidak lagi serasi untuk meneruskan kehidupan bersama-sama.

Bagaimanapun. Selepas beberapa jam memuatnaik kenyataan itu, Alha membuat keputusan untuk memadamnya.