Ummi Ashraf Sinclair di Jakarta ketika hari lahir BCL, netizen tersentuh

Perkongsian gambar terbaharu Aishah Sinclair di laman Instagram miliknya hari ini ternyata mencuri perhatian ramai.

Tangkapan layar perbualan telefon antara dia dan keluarganya ketika sambutan hari lahir kakak iparnya Bunga Cinta Lestari (BCL) bukan sahaja membuatkan pengikutnya di laman sosial itu tersentuh tetapi apa yang lebih mengejutkan ketika ini ibu Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman turut berada bersama BCL di Jakarta.

Menerusi komen yang ditinggalkan ramai yang memuji ikatan kekeluargaan yang ditunjukkan keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

Ternyata pemergiaan Ashraf membuatkan Khadijah atau lebih mesra di sapa Ummi lebih kerap berada di Jakarta disamping menantu dan cucunya.

Tidak dijelaskan berapa lama sudah Ummi berada di Jakarta namun pengikut yakin ketika Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan di Malaysia dan di Jakarta sendiri yang sudah mengisytihar dadurat kerana wabak Covid 19 menyebabkan Ummi kini masih berada di Jakarta.