Ingkar larangan keluar rumah, wanita ini dibuang kerja dan dihalau dari tinggal di China

Hanya kerana bersikap bodoh sombong, seorang wanita Australia bukan sahaja dibuang kerja serta merta tetapi juga turut dihalau keluar dari negara China.

Menerusi laporan berita antarabangsa, wanita yang dikenali sebagai Liang itu bekerja dengan sebuah syarikat gergasi Jerman. Pulang ke Beijing China pada 14 Mac, Liang sepatutnya menjalani perintah kuarantin di rumah selama dua minggu.

Namun memilih untuk berjogging di kawasan perumahanya sekembalinya dari luar negara ada penduduk dikawasan itu yang melihat sikap ingkar wanita itu cukup kurang ajar.

Ketika minta kembali ke rumah Liang memberitahu dia perlu kekal sihat dan sebab itu dia berlari di sekitar rumah. Malah ketika di minta mengenakan topeng muka juga Liang tidak mengendahkn permintaan tersebut selain bertengkar dengan pengawal keselamatan kawasan rumahnya.

Sikap angkuh Liang diteruskan dengan menjerit sekuat hati ketika didekati pengawal dengan mengatakan dia diraba walhal sepanjang pertengkaran itu dia dirakam.

Memandangkan video rakaman itu tular, pihak syarikat bukan sahaja memecat Liang malah permit untuk tinggal di China juga turut ditarik balik dan Liang dihalau keluar.