Santai Hujung Minggu, “Jakarta Love Story” di TV Okey

Dengan siaran lebih 77 episod keseluruhannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memikat
hati penonton dengan tayangan drama sinetron Indonesia tentang anak muda di Jakarta
bertajuk “Jakarta Love Story”.
Menampilkan lakonan mantap barisan pelakon Irish Bella, Rezky Aditya, Christian Sugiono,
Rionaldo Stockhorst, Mischa Candrawinata, Michella Putri, Nasya Marcella, Mengenang Mirdad,
Ketrin Agustine, Delano, Irwan Chandra, dan Roy Marten, sinetron popular ini sedang bersiaran
mewarnai hujung minggu anda setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV
Okey.
Apakah yang berlaku jika seseorang itu mengejar Ia menceritakan kisah cinta empat sahabat
iaitu Aryo (Rezky Aditya), Doni (Mischa Chandrawinata), Teguh (Rionaldo Stockhorst), dan Ucok
(Mengenang Mirdad) yang mahu mencari cinta yang tidak diukur oleh sesuatu. Cinta yang dicari


mereka hanya bersandarkan keikhlasan dan kesetiaan semata-mata.
Kisahnya berkembang dengan watak utama bernama Aryo merupakan anak orang kaya. Dia
sedang dikejar oleh Dira (Nasya Marcella), yang juga bertekad melakukan apa sahaja untuk
mendapatkan cinta daripadanya.
Namun begitu tanpa diduga Aryo sebenarnya telah jatuh cinta dengan keperibadian milik gadis
dikenali sebagai Shinta (Irish Bella). Malangnya Shinta adalah kekasih kepada Teguh. Sementara
itu walaupun mengetahui Dira suka kepada Aryo, Ucok diam-diam pula menyukainya.
Tidak seperti yang lain, Doni pula sedang patah hati kerana gadis diminatinya, Alysa lebih suka
dan tertarik mahu menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang lebih kaya. Meskipun begitu,
Doni cuba untuk membuka hati dan menyerahkan cintanya kepada Cathy (Keth Agustine),
bosnya, yang terang-terangan menyatakan kasih sayang kepadanya.
Apa cerita cinta mereka yang seterusnya? Tonton Jakarta Love Story setiap Jumaat hingga Ahad,
pukul 12.00 tengahari di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV,
mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan
App Store.