Array

Manis kini tajuk baru untuk Dap Dap Dap – Siti Sarah

Enggan lagi lagu terbarunya, Dap Dap Dap dikaitkan dengan politik, Penyanyi Siti Sarah mengambil keputusan untuk mengubah tajuk lagunya itu kepada Manis bermula semalam.

Tambahnya walaupun ini suatu keputusan yang agar sukar memandangkan lagu tersebut sudah berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu, namum dia melihat ini adalah yang terbaik.

“Pelik tapi benar, sepanjang menjadi penyanyi ini adalah kali pertama saya mengubah tajuk lagu saya. Ternyata kaitan yang mengaitkan lagu saya dengan sebuah parti politik agak risau ada yang keliru. Jadi dari ambil risiko saya ambil keputusan untuk tukar sahaja tajuk.

“Memang ada yang panik bila tajuk tiba-tiba bertukar dan carian untuk lagu tersebut sudah hilang di YouTube, tapi saya harap semua dapat kembali menyokong memandangkan hanya tajuk sahaja yang bertukar,” katanya.

Melihat ini sebagai satu lagi pengalaman buat dirinya, kata Siti Sarah antara pengajaran berguna yang akan diambil kira selepas ini adalag lebih berhati-hati dalam mencari tajuk untuk sesebuah lagu.

“Pada mulanya saya juga tidak sangka tajuk itu akan dikaitkan dengan mana-mana parti politik bagi saya tajuk lagu menjadi identiti untuk lagu itu sendiri. Tetapi bila sudah jadi begini kita kena ambil kira banyak perkara sebenarnya,” katanya.

Hanya memilih Manis sebagai tajuk baharu, Siti Sarah melihat perkataan itu paling ringkas dan tidak mempunyai makna berbeza.

“Untuk ejaan juga saya kekalkan sahaja yang betul. Tidak mahu lagi menukar apa-apa,” katanya.

Most Popular

Hamilkan enam gadis sekali gus, ini kisah buaya darat sejati dari Nigeria

INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria. Seorang lelaki...

AirSial bakal mula operasi, banggakan warga Sialkot

SYARIKAT penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula...

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...