Rebah selepas berjogging, pengarah muzik Lok U meninggal dunia

Sumber Gambar - https://www.instagram.com/p/B448xBWhGrD/

Pengarah muzik terkenal Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi (Rabu).

Menerusi infomasi yang diterima pihak The News Malaysia Allahyarham Lok-U yang berusia 47 tahun dikatakan sesak nafas dikediamannya yang terletak di Puncak Jalil selepas pulang dari bersenam.

Jenazah kini yang berada di Hospital Serdang akan dibawa ke Surau AlFalah, Taman Puncak Jalil, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 Subang Jaya selepas Zohor.

Sementara itu Allahyarham meninggalkan seorang balu Jamariah Yusof dan empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Dani.

Tenyata berita pemergiaan mengejutkan ini turut membuatkan rakan industri dan peminat tidak melepaskan peluang meninggalkan komen terakhir di laman Instagram Allahyarham menerusi gambar yang dimuat naik tiga hari lalu.

View this post on Instagram

?? #pianist #violinist #musician #awardshow

A post shared by Lok U (@faizaluzir) on