Kurang seminggu bergelar isteri, Sasha didakwa jadi punca keruntuhan rumah tangga suaminya sebelum ini

Sumber Gambar - https://www.instagram.com/p/B7kBZcQl8w9/

Dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga suaminya sebelum ini penyanyi dan pelakon Sasha Saidin menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjadi perampas.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan kepada Astro Gempak, Sasha menjelaskan dia hanya rapat dengan suaminya itu pada Jun 2019 dan bukan seperti yang didakwa sejak beberapa tahun lalu.

“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami. Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama.,” katanya.

Sementara itu awal minggu ini sebuah blog hiburan berkongsi email yang mendakwa suami Sasha Wahab sanggup mengejar cinta anggota kumpulan Elite itu sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami.

Walaupun kurang seminggu bergelar isteri Sasha,43, memberitahu dia tidak terkesan dengan dakwaan tidak sahih itu dan mahu meneruskan mahligai rumah tangga yang dibinanya dengan aman.

“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” tambahnya.

Selain menjalinkan hubungan sulit, email itu turut mendakwa Sasha dan suaminya itu juga pernah bercuti ke luar negara bersama sebelum ini