PU Riz buatkan orang ramai tertanya selepas muat naik gambar awan dengan kapsyen ‘harapan’

SETIAP manusia pasti akan menjalani ujian mereka masing-masing, tidak kira sama ada ia merupakan cabaran kecil ataupun besar dalam hidup. Kita sebagai manusia harus kuat untuk menhadapi cabaran itu dengan penuh kesabaran semampu kita.

Seperti yang diketahui ramai, pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz sering diuji dengan pelbagai kontroversi sejak-sejak ini dan baru-baru ini, PU Riz ada memuatnaik satu gambar pemandangan awan Instagramnya dengan caption ‘harapan’.

Tidak pasti apakah erti yang cuba disampaikan oleh PU Riz, namun perkongsian tersebut telah menarik perhatian dan menjadi persoalan kepada warganet.

Ada yang mendakwa bahawa PU Riz sedang merasa terbeban dengan pelbagai kontroversi yang melanda keluarga pasangannya baru-baru ini dan ada juga yang mengesyak bahawa itu adalah ‘petunjuk’ bahawa pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata.

Tidak pasti dengan hal sebenar disebalik gambar tersebut, ada juga yang menasihat dan mendoakan PU Riz agar tabah menjalani pelbagai ujian yang melanda dirinya dan juga si isteri, Neelofa.