“Simpan sikit bod*h tu…” – Suhaimi Saad beri ‘teguran’ pedas pada Catriona Ross

BEKAS penyanyi nasyid In-Team, Suhaimi Saad mendapat perhatian warganet apabila memuat naik satu kenyataan terhadap pelakon dan pengacara Catriona Ross.

Terdahulu, Catriona Ross atau mesra dipanggil Kak Kek memuat naik satu video di Instagram yang jelas bengang terhadap segelintir rakyat Malaysia yang masih degil tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan.

Katanya, rakyat sibuk menunding jari kepada kerajaan disebabkan kes Covid 19 semakin meningkat, namun bagi pendapat Kak Kek rakyat juga telah gagal bekerjasama dalam mengekang penularan sehingga wujud kluster Aidilfitri.

Walaupun ramai yang bersetuju dengan Kak Kek, sudah pasti ada yang tidak bersetuju dan antaranya ialah Suhaimi Saad.

“Sedap dan nampak puas, klimaks sangat bila kau dapat kata rakyat ni ‘se tu pid’ dan bingai eh. Jangan megah sangatlah dapat buat macam tu kak,” tulis Suhaimi melalui perkongsian di Instagram.

Jelasnya, dia merasakan tindakan Kak Kek itu adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan dan dia perlu faham bahawa masalah dan keperluan orang tidak semuanya sama.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen Kak Kek menerjah dan menjelaskan bahawa dia hanya menyalahkan rakyat yang ingkar pada arahan dan bukan kepada semua rakyat.

Namun, Suhaimi dilihat seperti tidak boleh menerima kata-kata Kak Kek dan terus menyerang Kak Kek di ruangan komen.

Sudahnya, Kak Kek menyatakan kalau tidak salah kita tidak akan melenting dengan video yang Kak Kek muat naik itu. 

Wah! Dahsyat juga ya. Apa pun, harap tidak akan ada lagi pihak yang melanggar SOP kerana sekarang ini jika nak salahkan mana-mana pihak pun tiada gunanya. Betul tak?

Sumber: Koolfm