Neelofa Intai Peluang Berlakon Di Indonesia

Tidak menafikan mahu menjadi pelakon filem di Indonesia, pengacara popular Neelofa melihat ini adalah satu peluang yang baik untuk namanya kukuh di Negara jiran itu pula.

Namun buat masa ini jelasnya semuanya masih dalam perbincangan memandangkan di sana nanti dia tidak akan diwakili oleh mana-mana syarikat pengurusan.

Saya memang sudah bersedia untuk melebarkan sayap saya ke Indonesia, malah melalui perbincangan awal juga saya menerima pandangan untuk memulakan kerjaya lakonan di sana.”

Namun buat masa ini semuanya masih dalam perbincangan lagi,” kongsinya.

Sementara itu ditanya genra filem yang menjadi pilihannya untuk beraksi, tambah Neelofa buat masa ini dia tidak terfikir soal itu memandangkan dia yakin boleh melihat kesesuaian itu kelak.

Melihat ini sebagai satu lagi langkah besar dalam kerjayanya, Neelofa juga sudah bersedia untuk berhijrah ke Indonesia dalam memastikan apa yang direncanakannya ini berjalan dengan baik.

Memang saya sendiri sudah bersedia untuk berpindah ke sana, sebab dalam soal ini saya perlu lihat komitmen yang akan saya berikan.”

Tetapi kita juga tahu tidaklah jauh mana, masih boleh berulang alik ke Kuala Lumpur juga,” katanya.