“Pingat Emas lagi untuk Malaysia, Tahniah Skuad Petanque”!

Terkini kutipan emas bertambah apabila skuad pasukan petanque lelaki negara Hafizuddin Daud, Syed Akmal Fikri dan Saiful Bahri dalam acara berkumpulan di Sukan SEA 30 Filipina. 

Sementara itu, skuad pasukan petanque perempuan pula berjaya merangkul pingat perak.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kutipan pingat emas bagi Malaysia sebanyak 21, perak 12 dan gangsa 23 dengan keseluruhan berjumlahkan 56 pingat. 

Lantas, membuatkan kedudukan Malaysia berada di tangga ketiga diikuti Indonesia tangga keempat dengan jumlah emas kurang satu dari Malaysia.