“Elakkan berpolitik dengan pemikiran yang sempit dan penuh kebencian”- Dr Mahathir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata ahli politik perlu beretika dan berhujah dengan fakta yang betul.

“Ahli politik perlu amalkan politik yang beretika dan berhujah dengan fakta yang betul. 

“Setiap perkara yang dibahaskan dan apa jua tindakan yang akan dilaksanakan haruslah berlandaskan kejujuran dan kebijaksanaan, elakkan berpolitik dengan pemikiran yang sempit dan penuh kebencian,” katanya di laman Twitter.

Beliau turut berkata, Kuasa yang diamanahkan kepada kerajaan oleh rakyat bukan sesuatu untuk kita bermegah-megah tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan amanah tersebut dengan penuh integriti, adil dan saksama.

Tambah beliau, berkata jika mahu dipercayai dan dihormati, jangan lakukan perkara-perkara yang merendahkan martabat kita dan pamerkan sifat-sifat yang baik dan idea-idea konstruktif yang boleh membawa kepada sesuatu kejayaan.

Bagaimanapun, ciapan beliau mengenai sambutan 60 tahun parlimen di Malaysia meraih 34 ulang ciap dan 132 tanda suka di laman Twitter.