Neelofa Akui Berat Hati Tinggalkan Meletop

Memilih untuk meninggalkan program MeleTOP selepas hampir lapan tahun menjadi pengacara, Neelofa akui ini bukan satu keputusan yang mudah.

Mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kekuatan berkongsi keputusannya ini dengan penonton secara lansung di program itu semalam.

Saya selalu terbayangkan perkara ini akan berlaku (meninggalkan MeleTOP). “

Tetapi bila ia benar- benar berlaku saya bagaikan tidak percaya dan sangat gementar malah tidak tahu apa yang saya fikirkan ketika mengumumkan akan berundur dari program ini.”

Kata Neelofa lagi antara sebab dia terpaksa meninggalkan program ini juga adalah kerana sudah bersedia untuk muncul dengan sebuah lagi program baharu.

Saya membesar dengan program ini, pendek kata bukan mudah sebenarnya untuk membuat keputusan. Selepas program ini juga menjadi sebahagian daripada saya.

Tetapi saya melihat ini sebagai langkah baharu yang perlu saya ambil untuk berada lebih jauh. Walaupun berat saya tahu ini adalah yang terbaik buat diri saya,” katanya.

Ditanya mengenai program baharu yang bakal menjadi buah tangan baharunya.

Apa yang boleh saya kongsi, program tersebut merupakan program premium ,” katanya.

Sementara itu Disember bakal menjadi bulan terakhir buat Neelofa di MeleTOP selepas menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad sejak 2012