Kahwin Depan Kaabah, Cerai Dekat China – Da’i Farhan Kembali Jadi Sasaran Netizen

Belum sempat kemarahan netizen reda dengan kisah perkhwinan kedua yang dirahsiakan daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Ternyata perkhabaran terbaharu ini kembali membuatkan nama Da’i Farhan menjadi sasaran “bawang rangers”.

Menerusi perkongsian Facebook peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, dia mendakwa Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil anak kedua.

Entri yang sudah dikongsi hampir 5 ribu kali ini juga ternyata membuatkan netizen tambah berang apabila Asiah memberitahu Farhan menceraikan Fatin melalui rakaman suara yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Turut menjadi perhatian apabila alasan perceraian yang diberikan adalah kerana Fatin Nusyuz dan memfitnah suami.

Tidak sekadar itu tulis Asiah lagi, dalam keadaan mengandung juga Fatin didakwa telah dipukul dan dikurung Farhan. Melalui kejadian itu juga pihak keluarga Fatin telah membuat laporan polis.

Ketika ini juga Asiah memberitahu Farhn dan isteri yang baru dinikahinya sedang berada di China.

Sementara itu sebelum ini Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya yang didakwa memfitnah dirinya.