” Terlopong Mulut Tengok Atoknya Muda Sangat Macam Umur 25 Tahun “

PakNil kongsi video cucu kembarnya buat muka lucu dan annoying. Kesian PakNil susah betul nak pikat cucu sendiri. Dah macam anak patung Raeez dan Reefa keras membatu. Lucu betul !!

Sebut sahaja rancangan Tom-Tom-Bak, pasti kita akan terbayangkan seraut wajah yang tak ditelan usia. Siapa lagi kalau bukan Datuk haji Aznil bin Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama PakNil. PakNil dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan juga bekas penyampai radio.

Pada tahun 1990, PakNil memulakan kerjaya penyiarannya di TV3 sebagai penyampai berita dan wartawan. Pelbagai rancangan dikendalikan oleh PakNil antaranya Buletin Utama, Melodi dan Pop Kuiz. PakNil juga membintangi filem Sama Tak Serupa, Aku No 1, Cicak Man, Duyung dan Magika. Selain dari itu, suara PakNil juga dipinjamkan untuk alih bahasa filem Robots dan Bola Kampung The Movie.

PakNil menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Zauyah Tarmizi. Namun jodoh mereka tidak panjang dan hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, PakNil dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz.

 Menerusi akaun Instagram, PakNil memuatnaik keratan video dimana PakNil membawa cucu kembarnya Raeez dan Reefa berjalan-jalan. Namun reaksi cucunya yang masih belum ngam dengan Atoknya mengundang tawa peminat. Beruntunglah dapat Atok awet muda handsome bergaya sanggup layankan kerenah cucu.

Baca perkongsian Pak Nil di bawah : 

Rata-rata peminat geli hati dan ketawa dengan gelagat Atok dan cucu-cucunya ini. Aduhai cucu kesian Atok nya fikirkan cara macammana nak ngam dengan cucu. Macam anak patung tiba2 keras membatu siap melopong lagi mulutnya. Dah macam Frozen pun ya.

 

Nak buat macammana PakNil muka tak telan usia, muda je nampak. Cucu pun konfius atok versi moden ni. Moga cepat2 la PakNil diterima jadi kawan-kawan sepermainan cucu-cucunya. Kalau tak berhasil, alamatnya macam2 gaya pujukan la keluar lepas ni.

Kami dari The News mengucapkan selamat berusaha memenangi hati cucu ya PakNil dan semoga usaha Paknil akan membuahkan hasil.. Aamiin

Sumber : Instagram AznilNawawiHM