Model Tidak Tahu Mengandung, Lahirkan Anak Atas Lantai

Kejadian paling mengejutkan untuk seorang model di apabila dia hanya mengetahui dirinya sedang mengandung 10 minit sebelum melahirkan anaknya itu di atas lantai.

Jelas Erin Langmaid selama Sembilan bulan dia langsung tidak menyedari ada janin yang sedang membesar dalam badannya, selain terasa mual dan seperti mahu pengsan sebelum melahirkan anaknya itu.

Kata Langmaid yang ditemubual 7 News semuanya berlaku dalam keadaan yang pantas apabila proses kelahiran itu hanya berlaku dalam tempoh 10 minit sahaja.

Mempunyai hampir 10 ribu pengikut di laman Instagram, model berusia 23 tahun ini bukan sahaja tidak mengalami sebarang alahan tetapi juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ditubuhnya.

Berkongsi gambar selepas melahirkan anaknya, kapsyen yang dimuat naik Langmaid memberitahu ini adalah minggu paling sukar untuk dia dan kekasihnya.

Erin Langmaid bersama kekasihnya Daniel Carty

Sementara itu kekasih Langmaid, Daniel Carty yang turut berada sewaktu kelahiran anaknya itu memberitahu dia hanya mendengar jeritan sebelum terkejut melihat kehadiran si kecil itu.

Sementara itu situasi yang dialami Langmaid ini dipanggil kehamilan cryptic. Selalunya kehamilan ini hanya berlaku dalam nisbah 1 dalam 2500 kes.