8 Fakta Menarik Mengenai Brendan Gan

Pasti ramai yang menonton kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand semalam.

Tidak dinafikan pemain Negara kita mempamerkan pemainan yang cukup bertenaga apabila berjaya menumpaskan Thailand dengan 2-1.

 

Para Pemain Negara Malaysia (Harimau Malaya)

Namun nama yang cukup menjadi perhatian malam tadi tentunya pemain Negara Brendan Gan yang membuat jaringan pada minit ke -26.

Jom kita lihat beberap fakta menarik tentang Brendan Gan.

1- Lahir pada 3 Jun 1988 di Sutherland Shire, Australia kini usia Brendan adalah 31 tahun.

2- Nama penuhnya adalah Brendan Gan Seng Ling.

3- Tengok sahaja kita boleh tahu dia berdarah kacukan bukan. Sebenarnya ayah Brendan berasal dari Malaysia manakala ibunya pula adalah warga Australia.

4- Pada mulanya Brendan tidak menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang sukan bola sepak namun selepas ayahnya mendaftarkan dia di sebuah akademi di Australia minatnya terhadap sukan ini mula menebal.

5- Pernah beraksi untuk pasukan Sydney FC, Brendan Gan memulakan kerjaya beliau di Malaysia dengan menyertai pasukan Sabah pada tahun 2013 selama semusim. Kini Brendan merupakan pemain untuk pasukan bola sepak negeri Perak.

6- Pada March 2014, Brendan mendapat kerakyatan Malaysia yang sekaligus membolehkan di mewakili negara untuk kejohanan besar.

7- Jangan patah hati, Brendan sebenarnya sudah berkahwin November tahun lalu dengan kekasih hatinya yang juga warga Australia yang bernama Elyse.

8- Baru-baru ini juga Brendan sudah bergelar seorang ayah kepada bayi lelaki yang bernama Koa Brooklyn Gan yang dilahirkan 5 November lalu.

Brendan Gan bersama isterinya Elyse dan anaknya Koa Brooklyn Gan.