Dian Sastrowardoyo Diperlekeh Nenek Sendiri

Pasti ramai yang mengalami pengalaman diperlekehkan kerana mempunyai impian yang berbeza. Berkongsi apa yang dialaminya pelakon cantik Dian Sastrowardoyo menjelaskan bagaimana dia diperlekehkan neneknya sendiri kerana mahu menjadi seorang model.

Melalui kapsyen yang dimuat naik arwah neneknya melihat kerjaya yang ingin diceburi Dian ini tidak mempunyai masa depan selain dia juga risau cucunya tidak akan menghabiskan sesi persekolahan jika memasuki pertandingan Gadis Sampul.

Buat arwah Eyang Putri, yang sempat memberitahu “jangan mimpi kamu” mahu jadi apa kalau jadi model begitu. Mahu jadi l%nt#?? “

Kamu tidak akan habiskan pengajian di sekolah kalau masuk Gadis Sampul,” tulis Dian di Twitter.

Memberi inspirasi buat pengikutnya di Twitter. Kata aktres berusia 37 ternyata apa yang dikatakan neneknya tidak berlaku pada dirinya kini.

Memandangkan dia bukan sahaja Berjaya sebagai seorang anak seni tetapi juga memiliki dua kelayakkan dalam bidang pendidikan dari Universiti Indonesia.

Maaf eyang, saya sudah S2 Cum Laude, saya produser filem dan sekarang juga saya mempunyai tiga perniagaan,” kongsinya lagi.