Lahir dengan bibir unik, Seokjin BTS dinobat sebagai pemilik bibir tercantik oleh pakar

BAGI peminat muzik K-Pop, nama Kim Seokjin atau Jin memang tidak asing lagi bagi mereka kerana dirinya dikenali sebagai salah seorang anggota BTS yang bukan sahaja mempunyai personaliti yang kelakar, malah terkenal sebagai lelaki yang mempunyai daya tarikan visual menarik sejak memulakan kerjaya dalam industri hiburan.

Selain dilahirkan dengan wajah tampan sejak kecil, Jin juga memiliki bentuk tubuh badan yang menarik dengan peratusan lemak dibadan sebanyak 6% sahaja. Lelaki bergelar ‘Mr. Worldwide Handsome’ ini juga mempunyai bentuk bibir yang unik dan diingini oleh kebanyakan wanita di luar sana.

Terbaru, para ahli bedah plastik di Korea Selatan mengadakan pertandingan “Idol Lips World Cup” yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

Hasilnya, ia telah menempatkan Jin sebagai pemenang pertama “Idol with The Most Desired Lips” atau pemilik bibir tercantik di antara idol K-Pop lainnya versi ahli bedah plastik.

Para ahli bedah plastik juga turut menjelaskan bahawa bibin Jin BTS telah dijadikan sebagai ‘role model’ atau ‘bibir dewa asmara’ dan memuji bibirnya berbentuk tajam, bersih dan menarik.

Selain itu, bentuk bibirnya juga tidak akan dapat dicapai oleh mana-mana orang walaupun melalui operasi pembedahan plastik kerana bahagian tubercle pada bibir Jin tebal sedikit dan sekaligus menjadi trend yang dilihat cantik bagi standard kecantikan masa kini.

Terdahulu, Seokjin BTS juga pernah terpilih sebagai wajah paling sempurna di dunia oleh seniman visual di Belanda. Dalam pada itu, lembaga penelitian di Ireland juga pernah menegluarkan kenyataan bahawa proporsi bentuk patung Yunani Kuno juga sesuai dengan apa yang dimiliki Jin.

Selain itu, vokalis BTS ini juga telah memegang banyak gelaran “Dewa Lelaki Tercantik” kerana mempunyai ukuran nisbah wajah terbaik yang dipilih oleh pakar pembedahan plastik.