Tak sengaja jatuhkan pagar, ‘rider’ segera bantu pemilik rumah walaupun hampir jadi mangsa kemalangan

JIKA kita hampir sahaja tercedera disebabkan kekhilafan seseorang, adakah mudah untuk anda sebagai manusia biasa untuk memaafkan penyebab kemalangan tersebut?

Terbaru, tular sebuah video di media sosial mengenai seorang ‘rider’ Ojol dari Indonesia kerana menunjukkan sikap yang patut dicontohi oleh orang ramai.

Video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Instagram pada 19 Jun lalu memaparkan rider tersebut sedang dalam perjalanannya yang sedang melalui satu jalan di kawasan perumahan.

Malang tidak berbau, penunggang motor berkenaan dikejutkan dengan seorang pemilik rumah yang sedang membaiki pagar sehingga hampir menyebabkan kemalangan terhadap dirinya.

Bagi mengelak pagar berat itu jatuh dan menghimpap, rider itu telah mengambil sedikit ruang tetapi dihalang oleh sebuah kereta dan hal itu telah membuat badannya hampir jatuh namun sempat memeras motosikalnya ke hadapan sedikit.

Walaupun masih dalam keadaan terkejut, lelaki itu sempat melihat pemilik rumah tersebut memerlukan pertolongan kerana pagar rumahnya tiba-tiba sahaja tercabut lalu segera dia membantu.

Tindakan rider Ojol tersebut telah meraih perhatian warganet dan ramai memujinya kerana walaupun pemilik rumah yang hampir menyebabkan dirinya cedera, dia masih mahu membantu. Ia sekaligus menunjukkan dia merupakan seorang yang mudah memaafkan orang lain kerana ada yang berpendapat jika mereka di tempat rider tersebut mungkin akan sedikit emosi dan marah.

Wah! Memang terbaik!