TNB dikompaun RM3.6 juta ekoran kenaikan bil elektrik tinggi pada Mei & Jun 2019

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenakan kompaun RM3.6 juta terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan kenaikan bil elektrik tinggi yang berlaku pada Mei dan Jun 2019. 
 
Sebanyak 36 kompaun dikeluarkan kepada TNB selepas ST menyiasat aduan pengguna mengenai kenaikan bil elektrik pada tempoh tersebut. 
 
“Hasil siasatan mendapati, TNB gagal mematuhi arahan ST berhubung standard prestasi Minimum Service Level (MSL) berkaitan tempoh penyerahan bil elektrik kepada pengguna. 
 
“Berdasarkan MSL itu, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan,” katanya. 
 
ST akan terus memantau dan menyiasat aduan pengguna. Pengguna boleh membuat aduan melalui sistem eAduan di www.st.gob.y atau hubungi talian 03-88708800.
 
Sumber: Harian Metro