Kerana berambut panjang, netizen gelar anak Aeril Zafrel pengemis

Sama seperti ibu bapa lain kegembiraan menghantar anak kesekolah turut dirasai pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Ternyata pengalaman pertama ini memberi peluang untuk mereka berkongsi di laman sosial masing-masing.

Namun lumrah menjadi seorang popular bukan mudah apabila kegembiraan yang patutnya diraikan ini mendapat kecaman netizan melalui penampilan anak sulungnya Ahmad Fakharuddin. Menggelarkan anaknya seperti pengemis kerana berambut panjang, melalui komen ini ada yang melihat ini adalah cara untuk Aeril mengajar anaknya menjadi seorang yang kurang ajar.

Malah ada juga yang mempertikaikan niat sebenar Aeril yang dikatakan mahu menunjuk kaya dan riak kerana mampu menghantar anaknya ke sekolah swasta.

Namun menjelaskan hal sebenar, kongsi Aeril sebagai seorang bapa ini adalah momen penting buat dirinya dan tentunya dia mahu menyimpan pengalaman ini sebagai kenangan di laman sosial.

Mungkin marah dengan beberapa komen yang ditinggalkan, Aeril turut memuatnaik tangkap layar beberapa komen yang agak biadap.

“Niat upload nak buat simpan buat kenangan, sekali ambil kau.

“Tak chill betul la dorang ni,”tulisnya di laman sosial.

Sementara itu melalui komen-komen yang ditinggalkan ada yang melihat apa yang dilalui Aeril ini sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku. Malah sebagai bapa mereka yakin Aeril lebih arif mengenai keperluan anaknya.