“Jika diarahkan meletak jawatan, saya tiada masalah berbuat demikian” – Mohamaddin Ketapi

Kredit-Utusan Borneo

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata tidak bimbang jika digugurkan jawatan sekiranya berlaku rombakan kabinet.

Malah, Beliau lebih percaya kepada Perdana Menteri untuk menentukan masa depannya. 

“Jika diminta bekerja, saya akan melakukannya, begitu juga jika diarahkan meletak jawatan, saya tiada masalah berbuat demikian,” katanya dipetik Berita Harian. 

Menurut laporan Berita Harian, Beliau ditemui oleh media selepas sahaja merasmikan kempen melekatkan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM 2020) pada kenderaan anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) hari ini.

Semalam, Dr Maszlee Malik mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir pada pertemuan sebelum itu.