Pemuda buat lagu buat bekas kekasih dapat perhatian ramai

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, siapa sangka pengakhirannya tidak membahagiakan.

Melalui pengalaman putus cinta kerana hubungan tidak direstui keluarga bekas kekasih. Lebih memeritkan pemuda ini turut menerima undangan perkahwinan daripada wanita yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengannya. selama dua tahun.

Mempunyai cara berbeza untuk memujuk hati yang lara. Pemuda ini Mencipta lagu khas buat bekas kekasihnya itu. Dirakamkan secara rahsia oleh seorang rakannya, ternyata video nyanyian pemuda ini mendapat pujian ramai selain tular di laman sosial kini.

Selain mempunyai suara yang lunak. Apa yang turut menarik perhatian adalah lagu itu sendiri yang cukup merdu.

Turut mendoakan yang terbaik buat pemuda ini ada juga yang berharap agar pemuda ini memilih kerjaya penyanyi memandangkan mempunyai bakat dalam bidang tersebut.

Cuba korang dengar sedap tak?

Sumber : Twitter – FaliqFahmie