Kahwin Tahun Depan? Issey Masih Tunggu Calon Sesuai

Tidak dinafikan dia sudah membuka hatinya untuk kembali bergelar suami.

Namun dalam tempoh ini, dia yakin membuat pilihan yang terbaik adalah penting dalam memastikan perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir buat dirinya.

Berkongsi isi hati penyampai radio dan pelawak Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey memberitahu dia sebenarnya masih mencari calon yang sesuai untuk menjadi suri hati nya.

Calon sudah ada tetapi perkara ini terlalu subjektif untuk saya katakan.”

Soal bersedia memang saya sudah lama bersedia. Malah bila saya kata mahu takatkan zaman duda tahun hadapan memang itu adalah harapan saya,” katanya jujur.

Ditanya sama ada dia merupakan anak emas kepada Suria FM, Issey tidak bersetuju. Jelasnya dalam soal kerjaya dia sentiasa cuba menyesuaikan dirinya dalam apa-apa jua keadaan.

Bila saya sudah mempunyai kelebihan dalam bidang berbeza saya cuba gunakan apa yang saya ada untuk mencari peluang.”

Tetapi itu bukan bermakna saya anak emas,” katanya.