Ziana tak nak jadi hamba pada teknologi

Penyanyi terkenal Ziana Zain berkata bahawa hidup di dunia ini haruslah menjaga batas serta tidak menjadikan diri hamba pada teknologi dan media massa.

Menurutnya lagi, Ziana juga tidak hirau jika kesemua laman media sosialnya tidak aktif walaupun bermingu-minggu.

Bercakap mengenai media sosial, Ziana turut mengulas dengan lebih lanjut ketika ditemu ramah.

“Biarlah mulut orang nak kata apa, saya tak kisah langsung. Sebab saya tak nak zaman teknologi sekarang kawal hidup saya.

“Ini lah diri saya sebenar dan saya tak nak ‘public’ bataskan apa saya nak buat. Saya tak rugi pun malah saya lagi senang hati,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Ziana,50, turut berkata bahawa kandungan di laman sosialnya harus di jaga dikhuatiri kecaman netizen hadir bertubi-tubi.

Bagaimanpun, Penyanyi Madah Berhelah turut berpesan pada anak- anaknya agar tidak terlalu mendedahkan sangat rutin harian mereka pada awam ditakuti mengundang perkara buruk.