Anak Ali Puteh Meninggal

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Takziah diucapkan kepada pelawak, Ali Puteh dan isterinya atas kehilangan anak keduanya Sharifah Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan sebentar tadi.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Ali meminta pengikutnya untuk mendoakan anaknya itu.

Sedekahkan al-Fatihah buat anak syurga ini. Tunggu walid dan ibu di sana.”

Tidurlah sayang. Rehatlah sayang.”

Syurga tempat mu sayang. Allahuakbar,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu melalui laporan The News sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan anaknya itu berada dalam kondisi kritikal selepas menjalani pembedahan untuk injap jantung terbalik dan jantung berlubang sebelum ini.

Kami di The News mengucapkan takziah dan berharap Ali dan keluarganya tabah dalam menerima ujian ini.