Jorge Lorenzo Pilih Dayana Roza, Bukan Nikita Mirzani, Netizen Indonesia Tak Keruan

Ketika ini nama pelakon Dayana Roza mungkin tidak begitu menarik perhatian buat warga net di Malaysia. Namun di negara jiran Indonesia, nama Dayana kini menjadi antara carian utama buat netizen di sana.

Ini semua gara-gara juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo memuat naik gambar bersama Dayana ketika berada di Bali baru-baru ini.

Apa yang menggusarkan hati netizen Indonesia ketika ini, pilihan Lorenzo yang memuat naik gambar bersama Dayana dan bukan artis terkenal negara itu Nikita Mirzani .

 

Sedangkan sebelum ini Nikita turut berkongsi dua gambar mesra dengan Lorenzo di laman Instagram miliknya yang seakan memberitahu dia cukup rapat dengan pelumba dari Sepanyol itu.

Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan netizen Indonesia di ruang komen Instagram Lorenzo juga turut mempersoalkan mengapa gambar Dayana yang dimuat naik dan bukan Nikita.

Malah ada juga komen yang membandingkan kecantikkan Nikita dan Dayana sendiri.

So Malaysia menang lagi? Gurau aja deh