Gelombang kedua banjir akan berlaku

Banjir yang dijangka akan surut di kemudian tidak akan berlaku malah gelombang banjir kedua pula akan berlaku di Kelantan.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, gelombang ini dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini dalam skala sama atau melebihi gelombang pertama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi NADMA, Rusli Ibrahim, berkata gelombang kedua dikhuatiri bertembung dengan air pasang besar di laut perairan Kelantan.

Tambahnya lagi, mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia terdapat empat hingga enam jurusan angin yang boleh berlaku.

Bagaimanapun, catatan rekod mangsa banjir bagi Kelantan sudah berkurang kepada 11,386 yang membabitkan 4,427 keluarga.