Perenang Negara Malaysia Raih Pingat Perak dan Gangsa Dalam Acara Gaya Bebas

Hari pertama acara renang, enam acara akhir berlangsung pada sebelah petang.

Harapan Welson Sim untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut dalam acara kegemarannya, 400 meter gaya bebas tidak kesampaian apabila akur dengan kepantasan perenang Vietnam.

Perenang elit kebangsaan itu hanya mampu melakukan catatan masa 3 minit 49.55 saat, berbanding catatan terbaik peribadinya 3 minit 49.29 saat.

Perenang berusia 22 tahun dari Sarawak itu terpaksa berpuashati dengan pingat perak.

Perenang Vietnam, Nguyen Huu memenangi pingat emas dengan catatan rekod baharu kejohanan, 3 minit 49.08 saat

Pingat gangsa pulaperenang Indonesia, Aflah Prawira, 3 minit 62.75 saat.

Dalam acara 4×200 meter gaya bebas lelaki, quartet negara berpuashati dengan gangsa di belakang belakang pemenang emas – Singapura dan perak, Vietnam.

Seorang lagi perenang negara, Daniel Lim yang baru pertama kali beraksi di temasya ini, hanya menduduki tangga kelapan dalam acara 100 meter kuak dada lelaki.

Acara ini dimenangi perenang Filipina, James Deiparine.