Janna Nick Demam Panas

Perkongsian gambar terkini pelakon Janna Nick menimbulkan resah dikalangan peminatnya.

Gambar yang memaparkan Janna sedang terbaring lesu di atas sebuah katil hospital turut mengundang beberapa komen rakan artis yang risau akan keadaannya.

Menerusi kapsyen yang dikongsi, Janna tidak menjelaskan mengapa dia sedang dirawat. Namun tidak menafikan sedang sakit.

Sakit pun comelkan. Teruskan berehat okey.”

Awak kena sihat untuk esok. Esok sudah nak show,” tulisnya yang merujuk kepada persembahan Pementasan Siti Di Alam Fantasi bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Janna dikatakan mengalami demam panas sejak empat hari lalu.

Selain muntah-muntah, Janna juga tidak lalu makan kerana jangkitan bakteria.