Polis Kelantan Berjaya Merampas RM 3.7 Juta Syabu, Pil Yaba.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC, Abdullah Muhammad Piah berkata berdasarkan maklumat, polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di sebuah rumah lingkungan pukul 9 pagi Ahad lepas di Lubuk Jong, Pasir Mas.

Turut difahamkan, Anggota polis Kelantan menjumpai 97 biji pil yaba dan merampas 186,000 biji pil yaba seberat 20.781 kilogram (kg),39.21 kg dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta.

 

Suspek juga berjaya ditahan dalam operasi tersebut pada Ahad lepas.

Susulan penahanan suami isteri itu, polis kemudiannya dengan dipandu oleh dua suspek itu telah melakukan serbuan di sebuah bilik sebuah hotel di Kota Bharu pada 11.30 pagi hari yang sama

Serta menahan seorang lelaki berusia 42 tahun sedang bersembunyi di dalam bilik air,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Kemudian, Beliau berkata hasil siasatan di dalam bilik hotel itu, polis menemukan sejumlah pil Erimin 5 di dalam poket seluar suspek yang terletak di atas katil.

Katanya dengan dipandu oleh suspek lelaki itu, polis kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Lexus di luar hotel dan menjumpai empat beg berzip dan satu bungkusan mengandungi ketulan kristal dan pil dipercayai dadah syabu dan pil yaba di ruang meletak barangan kenderaan itu.

Abdullah turut berkata ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine manakala suspek wanita negatif dadah.

Jelasnya, susulan penahanan ketiga-tiga suspek, polis menyita enam buah kenderaan mewah, jam tangan pelbagai jenama, beg, wang tunai, telefon tangan, barangan kemas, geran tanah dan buku akaun yang kesemuanya bernilai RM540,850.

Menurut laporan Bernama, Ketiga suspek direman tujuh hari mulai 18 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.