Ben Amir Jumpa Pelukis Gambarnya

Sudahlah kacak, baik hati pula. Itu antara komen yang ditinggalkan diruangan komen pelakon Ben Amir apabila dia berkongsi gambar ketika melawat peminat istimewanya Nur Fariza Abu Hassan, 34 semalam.

Baru-baru ini Fariza tular kerana potret Ben yang dilukisnya mendapat perhatian ramai.

Melalui perkongsian di laman sosialnya itu, Ben turut memuji bakat yang dimiliki Fariza selain turut berjanji mahu mengantungkan potret wajahnya itu di dinding rumahnya.

Saya sangat gembira bertemu awak dan keluarga. Percaya tak, ini adalah potret pertama yang Fariza lukis? Dua minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben.”

Kita boleh melakukan perkara yang hebat apabila kita meletakkan seluruh fokus kepadanya. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Semestinya akan saya gantung di dinding rumah,” katanya menerusi Instagram semalam.