Intan Najuwa kembali solo

Tidak lagi mahu menyembunyikan status diri pelakon Intan Najuwa akhirnya mendedahkan dia kini sudah putus tunang.

Kata Najwa kepada Mstar, ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwad Rusli hanya bertahan beberapa bulan selepas bertunang Ogos tahun lalu.

Menyifatkan hubungan di antara mereka sudah tiada jodoh, bintang berusia 23 tahun itu bagaimanapun akui keputusan yang dibuat adalah selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.

“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini,” katanya.

Tambah Najwa ini juga bagi mengelakkan bekas tunangnya itu bebas dari terkait dengan kontroversi lagi.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” jelasnya.

Sumber: Mstar