Penjawat Awam dilarang terlibat politik, mesti berkecuali

Penjawat awam adalah dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terlibat dalam sebarang perhimpunan berkaitan politik serta membuat apa-apa pernyataan awam. 
 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam juga dilarang mengedar atau menularkan berita palsu dalam media sosial atau sebarang medium komunikasi yang lain, serta melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa.
 
“Penjawat awam mestilah mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali. Saya juga memohon agar semua penjawat awam untuk bertenang dan meneruskan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa,” katanya menerusi edaran surat yang bertarikh 25 Feb, 2020 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.
 
Mohd Khairul Adib menegaskan penjawat awam perlu terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan tugas seperti yang telah dipertanggungjawabkan.
 
Penjawat awam juga perlu memastikan semua sistem penyampaian kerajaan terus berjalan lancar dan rakyat seharusnya mendapat perkhidmatan berkualiti seperti sedia ada.
 
Isnin lepas, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
 
Kemudian Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan itu dan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.
 
Mohd Zuki memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan Menteri-Menteri dan sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama.
 
Sumber: Bernama
Credit – thereporter

Most Popular

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...