Iman Tang tegur artis Malaysia yang didakwa sengaja buat gimik demi perhatian

Sebagai antara pengantara antara dunia hiburan di Malaysia dan Indonesia pengurus acara dan ejen artis Indonesia, Nur Iman Tang mungkin tidak terlepas dari ditanya soalan mengenai dunia hiburan negara ini.

Berkongsi apa yang dilaluinya beberapa hari lalu kongsi Iman dia ditanya beberapa rakannya mengenai antara kumpulan muzik yang popular di negara ini. Mengambil contoh apa yang berlaku kata Iman dia akui terdapat sebuah kumpulan muzik kini yang menjadi perhatian apabila vokalisnya tiba-tiba pengsan di atas pentas ketika membuat persembahan.

“Ada kumpulan muzik yang tular di sosial media apabila penyanyi kumpulan itu pengsan di atas pentas tetapi esok petang boleh ke radio stesen untuk membuat temuramah,”tulisnya.

Tambah Iman apa yang menambah syak wasangkanya adalah, sepatutnya jika benar vokalis itu benar-benar mengalami masalah kesihatan sepatutnya dia dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaan. Selain itu juga rakaman video juga sangat baik sehingga tidak menampakkan ada sebarang tragedi yang berlaku.

Sementara itu dia juga turut ditanya mengenai penyanyi lelaki yang popular di negara ini.
Memberi contoh seorang penyanyi yang pada pendapatnya sengaja mengambil peluang untuk tular dengan menyunting gambarnya dengan artis Kpop untuk mendapat perhatian. Jelasnya seharusnya penyanyi berkenaan mengambil kelas vokal untuk memperbaiki suaranya.

Menganggap ini semua taktik murahan, nasihat Iman juga sepatutnya bakat dan lagu ciptaannya itu harus diutamakan.

Jelasnya lagi amalan gimik untuk tular ini sepatutnya tidak digunakan lagi, memandangkan sudah basi. Jelasnya juga sepatutnya peminat tidak lagi diperbodohkan hanya kerana untuk tular selain turut menganggap idea seperti itu terlalu murahan.