EDMA 2019 Adakah Peminat Artis Puas Hati Dengan Keputusan ?

Malam kemuncak Era Digital Muzik Awards (EDMA 2019) telah berlangsung dengan gemilang nya malam tadi, sebanyak 5 kategori yang di pertandingkan hasil undian online oleh peminat – peminat artis yang dicalon kan untuk ke lima kategori itu.

Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima Anugrah malam tadi diantara penerima Anugerah EDMA 2019.

Lagu Featuring Hit – K-Clique ft Aliff,

Fan Club Paling Ngam – Haqiem Rusli,

Artis Baru Baek – Luqman Faiz,

Rappers Paling Onz – K-Clique

Lagu Viral Onz – Donde, Andi Bernadee.

Acara juga dimeriahkan dengan persembahan oleh Artis – Artis BBNU antara nya, Naim Daniel ft Tuju, Sarah Suhairi ft Ariff Bahran, Andi Bernadee, Luqman Faiz, Meerfly, Kidd Santhe, Zizi Kirana, Bunga, Bunga, Ucop, Floor 88 dan kemunculan khas kumpulan rap yang paling diminiati anak muda masa kini yaitu K-Clique.

Acara yang berlangsung selama satu jam setengah ini telah di tayang kan secara live di Facebook Era Muzik Hit Terbaik.