Hubungan Bermasalah, Hafreez Anggap Dugaan Bertunang

Tidak lagi mengikuti tunangnya di laman Instagram, pelakon Hafreez Adam akui hubungannya dengan Zara Zya kini sedang dilanda dugaan.

Menerusi laporan Harian Metro, Hafreez bagaimanapun enggan mengiyakan persoalan sama ada mereka berdua sudah putus tunang.

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.”

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya.

Sementara itu kata Hafreez dia yakin apa yang dilaluinya ini sebagai cabaran alam pertunangan. Malah jelasnya sepanjang membina ikatan percintaan selama dua tahun tiada perbalahan yang berlaku, berbeza selepas bergelar tunangan Zara.