Baru Lapan Hari Berpantang, Wawa Zainal Kembali Bekerja Buat Netizen “Seriau”

Baru 8 hari melahirkan anak ketiganya, semalam Wawa Zainal berkongsi gambar terbaharunya di gudang yang menyimpan stok jenama kosmetiknya.

Kongsi Wawa dia terpaksa berkerja memandangkan ejen pemasaran dibawahnya sering bertanyakan soal stok.

Walaupun nampak sihat dan ceria, namun ramai pengikutnya cukup risau akan kesihatan pengusaha kosmetik itu.

Meminta Wawa agar meluangkan masa untuk berehat, ada juga yang turut berkongsi pengalaman tidak berpantang dengan betul yang menyebabkan hampir kehilangan nyawa.

Tidak melatah dengan nasihat yang diberikan Wawa tetap membalasnya dengan baik selain berterima kasih akan pandangan yang diberikan.

Bagaimanapun ada juga yang yakin Wawa lebih faham akan keadaan badannya. Malah ada yang mendoakan agar Wawa menjaga diri selain menjalani pengalaman pantang yang baik.