Diceraikan Ketika Mengandung, Bekas Isteri Terus Pertahan Maruah Da’i Farhan

Ketika masyarakat di luar sana terus menyalahkan bekas suaminya ke atas apa yang berlaku.

Lain pula pendirian bekas isteri, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Fatin.

Tetap mahu mempertahankan maruah lelaki yang pernah bergelar suaminya itu. Kongsi Fatin melalui laman Facebook miliknya Fnama Fatin.

Tulis Fatin dia mohon agar tidak terus diaibkan bekas suaminya itu memandangkan dia merupakan ayah kepada anaknya.

Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya.”

Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik,” antara tulisannya yang cukup menyentuh hati pengguna laman sosial hari ini.

Sementara ketika bekas suaminya menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat unsur jenayah ketika mereka bergelar suami isteri. Fatin turut menjelaskan laporan polis yang dibuat dirinya berdasarkan apa yang berlaku yang sekaligus menolak ada unsur fitnah yang berlaku.

Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya.”

Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya,” tulisnya panjang lebar.

Selain cukup terkilan dengan dakwaan yang mengatakan dia nusyuz sehingga menyebabkan dia diceraikan, Fatin dalam masa yang sama turut meminta agar ada keadilan untuk dirinya mempertahankan diri.

Namun disebalik kekusutan yang berlaku, ibu tunggal yang sedang sarat mengandung anak kedua ini juga tidak lupa mendoakan kebahagiaan bekas suaminya dengan isteri baharu. Malah dia juga turut meminta agar wanita di luar sana menjadikan apa yang dilaluinya ini sebagai satu pengajaran.