“3 Minit Pesilat Negara Terbaring, Pasukan Perubatan Filipina Tak Endah Langsung!”

Pesilat elit Negara, Muhammad Faizul M Nasir difahamkan terbaring dan kejung apabila pihak lawan memberi tendangan pada bahagian muka di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic semalam.

Kejadian semalam masih mendapat perhatian warga Malaysia di sosial media apabila kejadian tersebut didapati pasukan perubatan tidak menjalankan tugas malah biarkan Faizul terbarin selama tiga minit.

Kemudian, seorang pemilik akaun di laman Twitter ulang ciap video kejadian hingga tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Aku salah seorang sukarelawan medic , as a medic, aku sumpah kecewa dengan organization #SukanSEA2019 PHILIPPINES. SUMPAH WORST! 3 MINIT KAU BIAR PESAKIT TANPA BUAT APA?

Tak pernah aku tengok team rescue seteruk ni. Kalau ye pun pengadil nak confirmkan pun takkan lah kau biar je orang tengah sakit kejung tu. Failed!,” antara kata-kata netizen di laman Twitter.

Lantas video tular dari seorang pemilik akaun di laman Twitter ini meraih lebih 3,500 ulang ciap, 1,760 tanda suka serta mendapat tontonan sebanyak 94,500.

Bagaimanpun, laporan Metro mengatakan Faizul sudah kembali sedar tetapi Stubuh badannya masih lemah dan perlu menunggu keputusan CT scan (imbasan tomografi berkomputer) dari pihak hospital.