Erra Dan Awie ‘Bercinta’ Semula di Konsert Awie Romantika

    Setelah sekian lama berpisah kini Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih mesra di sapa Datuk Awie akan berganding dengan Erra Fazira di Konsert Awie Romantika.

    Konsert yang bakal berlangsung pada 15 Februari tahun depan bertempat Stadium Malawati, Shah Alam.

    Kemudian, Erra, 45, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek meluahkan rasa hormat terhadap pelawaan Datuk Awie untuk menjayakan konsertnya.

    Saya dijemput Awie sendiri untuk menjayakan konsert ini. Kebanyakkannya lagu yang kami bersama dan Awie solo semuanya menerusi filem.”

    Walaupun saya sudah lama tidak mengadakan persembahan dalam skala besar. Tapi untuk kenangan dan kembalikan nostalgia saya gagahkan diri juga untuk peminat,” katanya kepada The News.

    Sementara itu, Erra turut berkata, antara alasan dia terima pelawaan Datuk Awie, kerana mempunyai eleman sketsa dalam persembahan gandingan mereka berdua.

    Awie cakap, konsert ini nak diselitkan sedikit sketsa. Sebab dulu nama kami sangat sinonim sebagai pasangan bercinta. Kemudian berpisah, jadi kami akan merungkaikan persoalan peminat mengenai perpisahan terdahulu.

    Kalau mahu saya menyanyi sahaja, lebih baik ambil Kak Ziana Zain kan? Tapi Awie kata ada sketsa dan penceritaan kami. Itu antara sebab kenapa saya bersetuju,” katanya lagi.

    Bagaimanapun, konsert ini dianjurkan HS SHAZLICIOUS bersama ATIROX.LTD, Awie bakal mempersembahkan seleksi lagu dari album solonya yang diberikan susunan muzik yang lebih segar.

    Persembahan ini turut diiringi oleh pemuzik handalan di bawah pimpinan pengarah muzik Aznan Alias dan Firdaus Mahmud.