Pemilik Suara ‘Aki’ dan ‘Pak Mail’ Meninggal

Pemilik suara untuk watak Aki dalam animasi Pada zaman Dahulu, Datuk Alias Lazan meninggal dunia pagi tadi. Berita yang dikongsi menerusi laman Facebook Les’ Copaque Production Sdn Bhd,itu turut memberitahu selain watak Aki, suara Allahyarham juga turut digunakan dalam filem animasi Geng untuk watak Pak Mail.

Pagi tadi kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.”

Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah,” kapsyen turut dimuatnaik bersama gambar Alia.

Sementara itu melalui perkongsian anak Allahyarham, Lynda Alias, memberitahu bapanya meninggal di hospital Selayang pagi tadi

Assalamualaikum wbt, Dukacita di maklumkan papa saya Dato Haji Alias Bin Mohd Lazan telah kembali ke rahmatullah subuh tadi di Hospital Selayang Kuala Lumpur… Mohon semua menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah,” antara petikan kapsyen yang dimuat naik.