Bukan Tak Hirau, Tapi Tak Perasan Anak Panggil – Dr Che Hafiz

Tenyata adegan Suami kepada Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak mengendahkan panggilan anaknya meruntun jiwa netizan.

Melalui situasi yang berdurasi beberapa minit di perkarangan mahkamah tersebut ramai yang mengecam tindakan Dr Che Hafiz yang dikatakan bertindak kejam ke atas anaknya itu.

Menjelaskan keadaan sebenar, Dr Che Hafiz menjelaskan sebagai seorang ayah anaknya itu adalah permata hidupnya. Menerusi tulisannya di Instagram miliknya juga Dr Che Hafiz membetulkan kembali salah faham yang berlaku.

Sumber : Youtube Mstar Online Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Memandangkan ramai sangat warganet yang salam faham dan salah memberi tafsiran berkenaan dengan isu video yang sedang menular tentang Saya tidak hiraukan anak apabila anak saya memanggil berkali2.”

Sebenarnya saya memang prihatin dan faham memang perkara sebegini akan menjadi perhatian ramai orang apatah lagi ia membabitkan sentimen anak kandung sendiri.

Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh membangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak,” tulisnya.

Dr Che Hafiz turut mendedahkan dia sebenarnya dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Jadi apa yang Saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan2 seperti tidak sayangkan anak dan lain- lain adalah tidak benar malah sy dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa.”

Gambar-bambar yang saya muat naik di atas ada babak ketika saya berada di dalam mahkamah.”

Kalau perhatikan di dalam gambar-ganbar tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak sy Sampai la anak sy pergi kepada ibunya. then selepas itu baru la saya keluar dari mahkamah,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi bunyi kamera ketika di perkarangn mahkamah membuatkan dia hilang fokus selain turut gementar dengan soalan-soalan yang akan ditanya.

Sejurus keluar sahaja dari mahkamah ramai juru kamera dan wartawan menyapa (itu Saya memang faham dengan tugasan mereka).”

Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya, (maklumlah saya rasa nervous Sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah ),” katanya.

Masih rasa bersalah dengan apa yang berlaku, Dr Che Hafiz turut memohon maaf kepada anaknya.

To my love one Laana Haura. Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love.”

Jika difikirkan secara waras bapa mana Kat atas dunia ni tak sayangkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yang ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal.”

Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa saya amat tertarik dengan satu kata-kata ini iaitu jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk memutuskan silaturrahim (hubungan Kekeluargaan) apatah lagi Jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu sahaja daripada Saya,” tulisnya.