Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 [IBU BAPA BACA]

Undang Undang Car Seat Wajib Umur & ketinggian yang ditetapkan

Jumlah kematian yang membabitkan kanak-kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi.

Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan parah apatah lagi kematian, kerajaan telah membuat satu formula undang-undang bagi membendungnya daripada menjadi semakin parah.

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang car seat wajib 2020 umur anak-anak anda yang mempunyai ketinggian kurang 135cm. Yang ingkar akan dikenakan saman JPJ RM300

Penguatkuasa undang-undang ini akan bermula 1 Januari 2020.

5 Fakta Car Seat Wajib Bermula 2020

Ada 5 fakta kesemuaanya boleh semak seperti di bawah ini:

1. Kerajaan tidak menetapkan had umur mahupun berat untuk anak-anak anda memakai car seat

2. Tetapi kerajaan menggunakan ketinggian anak-anak anda sebagai penanda aras untuk menggunakan car seat sewaktu pemanduan di atas jalan raya. Mana-mana anak-anak anda yang ketinggian kurang 135cm tidak kiralah bayi, budak darjah, darjah 5 selagi umur kurang 135cm wajib pakai car seat

3. Semua car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta

4. Car seat yang anda perlu pilih dan beli hendaklaah sesuai dengan ketinggian dan berat anak-anak anda. Spesifikasi mengikut jenis car seat ada kami kongsikan seperti gambar-gambar di bawah

5. Dan paling pentingnya, car seat yang anda bakal beli mesti ada cop kelulusan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS

Jenis Car Seat Yang Dibenarkan

Boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah, mana satu car seat yang sesuai dan yang dibenarkan oleh kerajaan

Kategori untuk yang mempunyai ketinggian sehingga 135cm dan berat antara 25kg hingga 36kg

SUMBER : Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia JKJR

2 Kesan Tidak Ikut Undang Undang

  • Anak anda akan terdedah kepada risiko kecederaan dan kematian apabila terlibat dengan kemalangan
  • Akan dikenakan saman JPJ sejumlah RM300

Boleh juga ikuti video penerangan daripada meneri mengenai undang-undang car seat wajib umur 8 tahun ke bawah

p/s : Kepada penerima bantuan sara hidup atau bonus penjawat awam, mungkin boleh peruntukkan sedikit duit tersebut untuk tujuan beli car seat yang baru demi keselamatan anak anda.