“Bukan Saiz Rumah Jadi Ukuran Tapi Kesungguhan Untuk Jadi Yang Terbaik” – Elly Mazlein

Berkongsi reaksi pertamanya ke rumah yang bakal diduduki selepas berkahwin kelak, ramai yang turut terharu melihat penerimaan Elly Mazlein.

Dalam video yang dimuat naik dalam saluran YouTube miliknya itu, Elly yang dirakam bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan memberitahu dia sangat bersyukur untuk melihat kesungguhan bakal suaminya itu dalam menyediakan keperluan utama untuk dia dan anaknya kelak.

Malah kata Elly bukan saiz rumah yang menjadi keutamaannya kini kerana dia lebih senang untuk melihat bagaimana Azlan yang dipanggilnya Papa itu sering mencuba menjadi yang terbaik untuk kebahagiaan dia dan anaknya.

Sementara itu Azlan pula dalam video yang sama turut memberitahu pada masa ini dia hanya mampu menyediakan sebuah rumah apartment sahaja. Namun berjanji jika terdapat rezeki yang lebih nanti dia akan memberikan rumah yang lebih selesa buat Elly.

Terdahulu, Elly berkongsi dia dirisik keluarga Azlan pada 19 Oktober lalu.

Elly yang pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dikurniakan anak perempuan, Putri Sara Sefhia sebelum bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.