PDRM minta bantuan rakyat Malaysia cari saksi selesaikan masalah

Polis DiRaja Malaysia (PDRM), memohon dan meminta bantuan pada seluruh rakyat Malaysia bagi mengesan seorang individu bernama Saiful Bahari Abdul Aziz.

Kemudian, difahamkan Individu tersebut yang berumur 41 tahun itu merupakan saksi penting di dalam satu (1) kes yang disiasat di bawah seksyen 365 kanun keseksaan. 

Sementara itu, Pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed menggesa kepada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Saiful, segera hubungi Inspektor Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail.

Inspektor Wan Ahmad merupakan jagaan  bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (D5) di Bukit Aman. Boleh hubungi di talian 03-2266071/013-7117025 atau boleh rujuk di balai polis berhampiran rumah anda.